tahniah paktam & raidah

tahniah to paktam & raidah. akhirnya bersatu jua mereka
, walau pelbagai alasan diberikan untuk mengaburi perhubungan mereka, tetap tidak mengaku. tetapi tidak paktam. tidak sama sekali, hidung kami masing mampu mengesan yang mana candu, yang mana t*&#, manakan tidak, dari satu hari ke satu hari yang lain, hubungan mereka bertambah mesra , (kami dapat lihat paktam!) dari lumut ke KL selamba diredah sambil memerah keringat skyline merah hati yg dimekap ala2 kancil, (kami dapat rasai kerinduanmu paktam), akhirnya…terbongkar jua rahsia mu paktam. sekeras keras hatimu paktam (kerana beliau seorang jaguh lompat tinggi/jauh/pelari balapan daerah), namun beliau tetap tunduk ditangan seorang budak perempuan bernama raidah. memang power la ilmu raidah pakai..:p

cinta mereka agung sebenarnya. mereka saling membantu, dan memerlukan antara satu sama lain. kita pernah saksikan dan pernah melihat bagaimana agungnya cinta mereka (rujuk kes paktam koma sehingga xsedar diri). tapi mereka tetap xbetul :p (sama mcm yg lain), pasal benda2 remeh selalu nak gaduh. sampaikan nak ajak member2 ke kenduri kawen sebelah pihak masing2 pun saling bertikaman belakang antara 1 sama lain.
. tapi mereka tetap paktam & raidah. mereka memerlukan setiap satu (ayat tangkap leleh).

now da pukul 1230 am. ngantuk da ni. ada few pictures nak upload, tp rilek-rilek la, esok pulak kot.
. mata da berat da ni. katil dok panggil2 je dr td..”bro..meh la tido..” hatiku panas..seraya berkata..”rilek bro..ada kerja sket”.. katil pun bengang terus blah dari kawasan kejadian.


masa kenduri paktam, aku jumpe 2 seteru utama atas padang, tp kat sini alih2 rupenye kamceng gile. gambar di atas ialah apis rooney a.k.a ayam, manakala gambar di bawah pula ialah phat fabregas a.k.a kepet. patutla xperform game baru2 ni, rupe-rupenye mengular plan nak pegi kenduri umah paktam. cheiss..

tahun ni antara tahun yang meriah bagi budak sekolah aku, especially batch spm 2000. ramai yang akan kawen tahun ni. ada beberapa event yg akan datang like zack salio (jengka/jb), amer (bagan serai), piziucop (kuantan) dan ada beberapa lg kot, tp xsure..:p. tahniah di ucapkan kepada semua bakal2 pengantin (kalau nak petua, tanya aku/izha/pijan, kitorang ada petua best). kepada farid, dengar cite nak merisik bulan 6. tp yang mana 1 pilihan? ada banyak calon ke? :p. yang da tunang, (en.kemis ke??), bile nak kawen? da nak kawen pun nak cover2 lg? bulat? anda pula bile lg? takkan selama2nya menjadi benchmark kawan2 yg lain? kalau bulat da nak kawen, dan anda xkawen2 lg, maknanya hidup anda sudah terlalu lama single….:)



gambar ni ambik masa on the way balik ke kl, so singgah jap kt hentian lentang (before genting sempah, after tol bentong), sambil2 tunggu yg lain. tp at last, hanya kitorang je yg ada, yang lain seme da bersepah ntah kemane2, ada da kt tol gombak, ada da kt genting sempah, ada yg kt hentian temerloh (lpt), ada kt lanchang, dan ada yang menangguk/transit (betulke kemis? bulat yg cite..:p). anyway, trip ni best, sambil jalan2 pg umah member kawen, bleh jumpe member2. hopefully ada lg trip lepas ni. apa kata penganjur bagan serai 23-mei? respon segera…hehe

sgt comey pic budak kecik tu.
bleh plak die wat muke msm time pgntin hepy2 jer.
hehe..
haha. tu la anak aku! nak tgk pics anak aku, pegi sini.. http://andrazaryfphotography.blogspot.com/
sneak preview?
silakan hafizah..masuk2, jangan x masuk..
speechless..!!!
typeless..:)
hahah suka gambo andra yg dok atas pengantin pompuan tu..andra kata” ko kaco awek aku eh” hahahha tu yg muka bengkek tu
mantap~semoga sa”habat” terus sukses
~ Wow, picts kt sini penuh dgn idea tersndri laa..
Seronok tgk esp budak kecik tu.. Hehe..
(,”) Merci..